Tuesday 19 February 2013

3H 2M KUCHING

            Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama anda, semasa pertama kali saya membawa pelancong ke Kuching. Kami bertolak sehari sebelum penerbangan ke Kuching. Kami mengambil keputusan untuk menginap di Concorde Inn KLIA. Bagi kemudahan anda hotel ini menyediaan pengangkutan ke KLIA.
            Kami bertolak seawal pagi ke KLIA dengan pengangkutan yang disediakan oleh pihak hotel. Setelah sampai ke KLIA (Lebih kurang 10 minit perjalanan). Kami terus mendaftar bagasi sebaik sahaja tiba di KLIA. Anda dinasihati supaya daftar masuk "online" bagi memudahkan urusan anda di lapangan terbang. Anda juga dinasihati datang awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penerbangan.

             Selepas mendaftar masuk bagasi di kaunter Firefly ke Kuching, kami terus menuju ke ruangan menunggu. Perjalanan ke Kuching mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Setelah sampai di lapangan terbang Kuching kami dikehendaki beratur di kaunter imegresen. Anda diminta menyediakan kad pengenalan/ My Kid atau surat beranak bagi kanak-kanak yang tiada My Kid. Selesai urusan imegresen kami terus menuju ke pintu keluar menunggu kedatangan wakil kami di sana.
              Selepas dijemput oleh wakil kami di Kuching kami dibawa melawat ke sekitar bandar Kuching seperti Bangunan Mahkamah Kolonial, Istana, Square Tower, Charles Brooke Monumen, Muzium Sarawak, Muzium Kuching, Masjid Bandaraya, Tebingan Sungai Sarawak dan Monumen Kuching.
                                          




                  Pada hari kedua lawatan kami. Kami dibawa membeli-belah di pasar serikin. Serikin terletak di sempadan Kalimantan. Pasar ini terletak agak jauh dari bandar Kuching dan di buka setiap hari Sabtu sahaja. Di pasar ini ada menjual pelbagai barangan daripada Indonesia dengan harga yang boleh ditawar. Selepas membeli-belah di Serikin kami meneruskan lawatan ke Kampung Budaya Sarawak untuk menghayati kepelbagaian budaya Sarawak iaitu pameran rumah-rumah tradisional 7 Kumpulan etnik utama dan menikmati persembahan tarian-tarian tradisional di panggung Budaya. Selepas lawatan ke Kampung Budaya kami meneruskan perjalanan kami ke pasar Satok yang menjual pelbagai barangan dari Sarawak.
                  Di dalam perjalan pulang ke hotel kami singgah di Kedai kek Lapis Dayang. Di sana ada menjual pelbagai jenis kek lapis pelbagai perisa. Anda juga boleh merasa keenakan kek lapis di sana tanpa dikenakan sebarang bayaran. 






              Pada hari ketiga kami berjalan-jalan di sekitar hotel. Hotel kami terletak di kawasan membeli-belah yang banyak menawarkan cenderahati dari Kuching. Sepanjang 3 hari lawatan kami menginap di Riverside Majistic. Sebelum di hantar ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur kami singgah di Kilang Pasu dan Tikar Sarawak. Di sini menawarkan pelbagai jenis reka bentuk pasu dan juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barang terus kepada pelanggan. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pada jam 2.00 petang.
 

Thursday 14 February 2013

SALAM PENGENALAN DARI JAZ HOLIDAY SERVICES SDN BHD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk pembaca sekalian.
Tujuan kami membuka ruangan blog ini adalah untuk berkongsi cerita dan tip tentang dunia pelancongan samaada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan adanya blog ini kami boleh berkongsi pengalaman kami semasa melancong. Kami berharap dengan adanya blog ini pembaca semua akan mendapat sedikit tip bagi memudahkan anda semua untuk pergi melancong. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda semasa melancong di blog ini.